Ekologi dan tingkah laku Kucing_Hutan

Kucing hutan dianggap bersendirian, dan kemungkinannya menanda tempat tinggal mereka dengan penanda bau. Dalam kurungan, kedua-dua kucing hutan jantan dan betina kencing dengan bergerak kehadapan dalam kedudukan mengendap, meninggalkan jejak di tanah.[11] Lapuran sejarah tidak rasmi melaporkan bahawa kucing hutan adalah aktif malam nokturnal, tetapi kucing hutan betina dewasa yang dikurung adalah aktif semasa cahaya samar krepuskul dan paling aktif antara pukul 8:00 dan 11:30 dan antara 18:00 dan 22:00.[9]

Kandungan perut kucing hutan jantan dewasa yang ditembak di tebing sungai Malaysia mengandungi hanya ikan. Mereka telah dilihat mencuci objek seperti rakun. Ikan hidup mudah ditangkap, dengan kepala diselam sepenuhnya, dan ikan di bawa sekurang-kurangnya dua meter jauh, mencadangkan strategi makan bagi mengelak mangsa lepas kembali ke air. Spesimen yang dikurung lebih berminat dengan mangsa dalam air berbanding di darat, mencadangkan kecenderungan kuat bagi memburu di sungai dalam habitat semulajadi mereka.[12] Pengkhususan morfologi mencadangkan permakanan mereka kebanyakannya adalah ikan, tetapi mereka dilaporkan turut memburu katak, dan dipercayai menangkap krustasia.[9] Mereka turut menangkap tikus dan ayam.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kucing_Hutan http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.bucknell.edu/msw3/browse.asp?id=1400019... http://lynx.uio.no/lynx/catsgportal/cat-website/ca... http://www.catsg.org/catsgportal/cat-website/catfo... http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/powla... http://dx.doi.org/10.1371%2Fjournal.pone.0009612 http://app.isis.org/abstracts/Abs76110.asp#8.0 http://www.iucnredlist.org/apps/redlist/details/18... http://www.plosone.org/article/info:doi%2F10.1371%... //www.worldcat.org/oclc/62265494